>

Saturday 18 August 2012

saya budak matrik ;)

Assalamualaikum ;)

haiii,dah lama tak update blog ni,dah bersawang jadinya.
yeahhh,dah hampir 3 bulan aku bergelar budak matrik.
so far,boleh tahan laa pressure duk sana.kuikui.
banyak laa benda nak cite sepanjang duk matrik nih.memang tak tido laa korang hari ni.haha.aku selalu rindu nak balik rumah,bukan selalu aku balik tauu.naseb baik matrik nih dokat jo lahh dengan umah aku.cukup-cukup laa aku sekolah jauh kat Klang dulu.

well,first2 tuh berdebar jugak nak masuk matrik.ada kata susah,ada kata senang.hurrmm,kat mana2 pun susah kan? yang penting,atas diri kita,betul tak?

sekarang,budak matrik dah cuti.kitorang dah ganti.so,dapat laa kitorang cuti 2 minggu untuk raya.aku baru je lepas exam nih..Ujian pertengahan Semester (UPS)..cuak seyhh..

ok,disebabkan nih diari aku,aku nak cite serba sedikit laa ape yang sempat dirakamkan dalam hidup aku.. ^_^

PENDAFTARAN - 28 MEI 2012

so,time pendaftaran tuh aku dengan ayah aku je yang pergi.aku cakap kat mak aku tak payah pergi sebab kesiankan mak n anak sedara aku.paham-paham jelahh,konpem jam.penat plak mak aku nak melayan si Amsyar tuh karang.dengan barang aku yang macam orang nak pindah rumah jeh.

plannya nak gi lepas subuh.tapi, borang aku plak ada yang lompong.so,pepagi tuh kena pegi pejabat ayah aku dulu.dah setel sume,perjalanan pun bermula.dalam kereta,aku rileks jeh..cewahh..

dan aku pun tertidoo.rileks laa sangatt.hahha..aku terbangun sebab pelik kenapa kereta ayah aku benti2..hulaamakk..jam gilooo kau..ayah aku apa lagi,buat kerja jahat wehh.ayah aku ambil jalan belah kiri..hakhak..aku habis tunduk dah sebab malu..ayah aku selumber yeh yeh je..aduss !

dah setel semua pendaftaran,ambil kunci masuk bilik,kemas barang bagai.hurmm,akan bermula lahh perjalanan aku sebagai anak seni pelajar matrik yang berjiwa kental macam batu.erkk.apakah ???




 blok kediaman aku


SESI ORIENTASI


orientasi nih seminggu.agak tough laa jadual dia.and yang pasti,aku tak cukup tido laa..sepanjang orientasi nih,aku rapat dengan sorang budak cina nih.dia dari melaka.budak 11A tauu.hebatt kan? and aku saje2 cakap english dengan dia harituh.sebab aku nak testing laa aku punya ability in speaking nih kan..lagipun,aku kan baru je lepas temuduga IPG untuk TESL..tapi,speaking session tuh tak terhenti sampai situ jeh..tapi sampai habis orientasi..hakhak..rasa seronok jeh sebab buleh speaking..kalau nak cakap BI dengan Malays mesti rasa ralat..after habis orientasi,kitorang dibenarkan balik sekejap.minta ampun dengan mak ayah.haha.aku reka jeh.meh aku letak gambar sikit.



 curi-curi makan time orientasi




CLASSMATES - 1M1S05

Aku ambil Modul 1 which is wajibul ghunnah untuk aku ambil Biology,Physics,Mathematics n Chemistry..paling tough bagi aku adalah Physics.disebabkan aku otak bio,so aku taleh pegi sangat lahh physics nih..Maths aku suke giler kot..sebab cikgu tuto aku bestt nak mamp***...tapi sayangnya,cikgu lecture aku sangatlah garang hokayy..dia sangat suka pilih orang secara random dan menyebabkan orang itu terkena temporary parkinson.adakah aku sedang mengatakan tentang diri aku ??? ahakzz.



classmates aku sangat sporting.bestt wehh.and aku dah ada geng sendiri dalam kelas.bukan geng BoboiBoy ehh..mahupun Geng Bas Sekolah..*sadis


hehe.classmates aku suka tauu menukarkan lab menjadi unofficial photography studio.asal ade aje yang keluarkan kamera,mesti semua lari tak cukup tanah sebab nak bergambar jugak..tak leh blahh..

classmates aku


and aku rasa bertuah sangat sebab aku sama kelas dengan budak sekolah lama aku,Farah Diana.so,ade lahh jugak kawan.tak adelah aku kena buat sesi memperkenalkan diri sekali lagi n terpaksa mengenali hati budi masing-masing..ehh,cop3,nih bukan ayat cover untuk orang yang tak mengaku sedang bercinta ???

ni farah

and macam biasa,aku selalu sakit.aku dah start demam2 kat sini.masa F5 dulu,aku ingat lagi,statistik menunjukkan bahawa aku telah demam hampir 10 kali youuuu !!! aku rasa kad pesakit luar kat Klinik Klang tuh dah tebal dah..tapi sayang,aku takleh nak ambil nak buat kenangan..ceittt..


nih masa aku demam.tisu banyak dah habis.ubat batuk pun dah telan lebih dari separuh but still tak baik2 lagi.


aku tahu dah korang nak cakap ape..alahh..mesti nak cakap, " tak ade jam yang beso lagi ke? " kan3 ? ok,mulanya aku nak letak kat dinding,pastu tengok2, tak ada paku yang dah terlekat kat dinding.maknanya aku lah yang kena ketuk.hummphh.dah namanya anak dara,aku mana la pandai.plus aku memang tak bawa tukul n paku.sudahnya,terpaksa letak kat meja.tak apalah,barulah aku pandai menghargai masa sikit.kalau tak hargai lagi,tak tahulahh.

RAMADHAN

last skali,menjalani ibadah puasa kat sini.Lain n sangat berbeza dengan kat Kisas dulu.no more tazkirah n no more tadarus.kalau nak,kenalah buat secara individu.n masjid sangatlah jauh dengan kediaman beta nihh.jadi,beta solat terawih berjemaah laa dalam bilik.bilik? wut the hell dalam bilik? kamar beradu lahh. aku selalu berbuka puasa dengan budak sekolah aku dulu,Ain n Najah.

kanak-kanak riang baru balik bazaar

dalam bulan yang mulia nih jugak kitorang ade exam before balik raya.as i mentioned earlier,ade UPS..paling aku cuak adalah physics.sampai aku pun tak tahu nak study ape.aku ingat nak hentam je.tapi,time exam,tak ade laa hentam mana..boleh gak jawab..alhamdulillah.

blok tutorial

habis je exam,aku rasa macam merdeka glerrr..aku enjoy habis.malam tuh aku tengok cite korea..hahha.pastu tido pukul 3 pagi kalau tak silap aku..haha..punya laa nak balas dendam..hikhik..

hari jumaat,abang aku yang ambil n then bergegas laju-laju balik rumah,packing barang,menuju ke satu destinasi..


nak tahu destinasi mana? tunggu next entry !
wassalam

p/s: aku balik raya lepas subuh besok.hoyeaahh.menuju ke k.terengganu !
 


thanks for reading my blog

Friday 3 August 2012

setelah sekian lama

assalamualaikum readers

haihhh.dah lama tak hupdate blog nih.rinduu rasanya.


hurmm,sekarang aku tengah sambung belajar kat Kolej Matrikulasi Pahang.Minggu depan aku exam,Ujian Pertengahan Semester.

cukup aku katakan life kat sini sangat sibuk n tough.hanya orang yang sangat tabah,sabar dan rajin yang dapat lalui kehidupan kat sini dengan jayanya.

sori,aku tak dapat nak cerita panjang2.nanti aku dah start cuti on 10th august,aku akan update blog ni.banyak benda nak cite kat uolss tauu.

hikhik.ok lahh,aku tepek satu gambar aku kat sini.sebagai bukti.ecehh.






aku upload gambar nih kat fb tauu.pastu kawan2 aku cakap aku tembam..geram seyhh..tembam? really?? hurrmm.penat aku buat kuak lentang atas katil.hakhak. ingat lawak sangat ke derr?

wait2,before i'm leaving.nak cakap nihh.

hepi gilerr sebab my kisasians nak buat iftar jamaie (berbuka puasa secara berjemaah)..masalahnya konpem laa diorang buat kat KL.sebab senang semua orang nak turun dari segenap arah.ecehh..jadi,aku pun plan laa dengan abang aku.sebab coincidentally,abang aku pun ada agenda yang sama,tapi dia kat ipoh,so,planningnya,nanti sampai kat Kl sentral,kitorang akan berpisah laa menuju ke direction masing2..

haha.ini rancangan aku jeh..permission Big Boss a.k.a ayah aku belum tahu lagi..haha..harap2 jadi laa..

nak jumpa sahabat2 sume sebelum diorang fly meninggalkan aku yang belajar kat malaysia tapi nanti hopefully akan join diorang jugak satu hari nanti.amboii,kau kalau buat ayat, tak ada fullstop !!


ok,got to go.nak pergi bazaar.buka puasa dengan classmates..suke,suke !


DOAKAN AKU DAPAT JAWAB EXAM DENGAN BAIK & SCORED !





thanks for reading my blog