> >

Friday, 9 November 2012

i'm coming home

Assalamualaikum everyone.
 
well, suddenly writing an entry came to my mind.
 
currently, i'm enjoying my super duper valuable time that i am as a matrix student should appreciate it.haha.
 
ok.actually sabtu ni ada exam MUET.yes, MUET.and i'm not joking that i haven't do any preparation about that.tomorrow maybe.
 
speaking about my exams, sangat susah i tell you.tapi macam biasa, akan ku katakan pada hati, " soalan senang, jawapan susah." mengarut je lebih kan?
 
so,the conclusion is:
 
 
1. English : paper 1 quite tricky.and some of the words that I cannot blend into my mind.plus the essay made me speechless.
 
2. Maths : i love maths since i'm at matrix.yelahh.kat sekolah menengah dulu punyalah benci add maths tapi seribu kali sayang kat maths mode sebab math mode je boleh dapat A.hihi.
 
3. Biology.wahh3.yang nih kalau tak dapat A tak tahu lahh.sebab the whole holiday for Hari Raya Haji i spent for Biology.even bila both of my sis pergi berjalan raya,my brother n mother went back to kampung,while my father pergi kebun kot *jangan kau tanya kenapa ayah aku pergi kebun* tapi aku pulak duduk dalam bilik dan menghadap buku bio okehh !
 
BUKTI :
 
 
 
 
4. Physics : sumpah gua sangat takut dengan physics.memang sangat lemah.sangatt sangat lemah physics.but,alhamdulillah.not bad.hebatt jugak aku dapat mengatasi soalan physics.mengatasi? hancusss BM aku.haha.pedulikan.yang penting,aku memang dapat jawab physics way more better than maths.sounds great isn't it?
 
All in all (practice essay muet), i hope Allah can give the best results for me.How excellent it is or how bad it is, that's the best for me.I try to push myself to work hard and that's the best results that I can have as a reward.I just try and try and try and the rest i leave it to Allah. He is the best director.
 
Now,aku memang tak sabar nak balik and start project menjahit dengan kakak aku.tak sabar nak start project tuh.
 
my new interest (project) :
 
 
LACE AND BEADS
 
 
 
 
 
 
 
seriously, all of these creations make me really can't wait to do the project.
it's a very interesting hobby.
 
lepas spm hari tu,ingat nak try buat manik.but then end up macam tu je.never have the opportunity to go to classes to learn something like that because i'm quite busy managing my little business at that time.hihi.
 
ok.time's up now.it's already 3 a.m. rasanya tadi baru pukul 11.
 
rasa macam takmo tidur tapi kena jugak.
 
ok,wassalamualaikum.tc
 
 
 

thanks for reading my blog

Saturday, 18 August 2012

saya budak matrik ;)

Assalamualaikum ;)

haiii,dah lama tak update blog ni,dah bersawang jadinya.
yeahhh,dah hampir 3 bulan aku bergelar budak matrik.
so far,boleh tahan laa pressure duk sana.kuikui.
banyak laa benda nak cite sepanjang duk matrik nih.memang tak tido laa korang hari ni.haha.aku selalu rindu nak balik rumah,bukan selalu aku balik tauu.naseb baik matrik nih dokat jo lahh dengan umah aku.cukup-cukup laa aku sekolah jauh kat Klang dulu.

well,first2 tuh berdebar jugak nak masuk matrik.ada kata susah,ada kata senang.hurrmm,kat mana2 pun susah kan? yang penting,atas diri kita,betul tak?

sekarang,budak matrik dah cuti.kitorang dah ganti.so,dapat laa kitorang cuti 2 minggu untuk raya.aku baru je lepas exam nih..Ujian pertengahan Semester (UPS)..cuak seyhh..

ok,disebabkan nih diari aku,aku nak cite serba sedikit laa ape yang sempat dirakamkan dalam hidup aku.. ^_^

PENDAFTARAN - 28 MEI 2012

so,time pendaftaran tuh aku dengan ayah aku je yang pergi.aku cakap kat mak aku tak payah pergi sebab kesiankan mak n anak sedara aku.paham-paham jelahh,konpem jam.penat plak mak aku nak melayan si Amsyar tuh karang.dengan barang aku yang macam orang nak pindah rumah jeh.

plannya nak gi lepas subuh.tapi, borang aku plak ada yang lompong.so,pepagi tuh kena pegi pejabat ayah aku dulu.dah setel sume,perjalanan pun bermula.dalam kereta,aku rileks jeh..cewahh..

dan aku pun tertidoo.rileks laa sangatt.hahha..aku terbangun sebab pelik kenapa kereta ayah aku benti2..hulaamakk..jam gilooo kau..ayah aku apa lagi,buat kerja jahat wehh.ayah aku ambil jalan belah kiri..hakhak..aku habis tunduk dah sebab malu..ayah aku selumber yeh yeh je..aduss !

dah setel semua pendaftaran,ambil kunci masuk bilik,kemas barang bagai.hurmm,akan bermula lahh perjalanan aku sebagai anak seni pelajar matrik yang berjiwa kental macam batu.erkk.apakah ???




 blok kediaman aku


SESI ORIENTASI


orientasi nih seminggu.agak tough laa jadual dia.and yang pasti,aku tak cukup tido laa..sepanjang orientasi nih,aku rapat dengan sorang budak cina nih.dia dari melaka.budak 11A tauu.hebatt kan? and aku saje2 cakap english dengan dia harituh.sebab aku nak testing laa aku punya ability in speaking nih kan..lagipun,aku kan baru je lepas temuduga IPG untuk TESL..tapi,speaking session tuh tak terhenti sampai situ jeh..tapi sampai habis orientasi..hakhak..rasa seronok jeh sebab buleh speaking..kalau nak cakap BI dengan Malays mesti rasa ralat..after habis orientasi,kitorang dibenarkan balik sekejap.minta ampun dengan mak ayah.haha.aku reka jeh.meh aku letak gambar sikit.



 curi-curi makan time orientasi




CLASSMATES - 1M1S05

Aku ambil Modul 1 which is wajibul ghunnah untuk aku ambil Biology,Physics,Mathematics n Chemistry..paling tough bagi aku adalah Physics.disebabkan aku otak bio,so aku taleh pegi sangat lahh physics nih..Maths aku suke giler kot..sebab cikgu tuto aku bestt nak mamp***...tapi sayangnya,cikgu lecture aku sangatlah garang hokayy..dia sangat suka pilih orang secara random dan menyebabkan orang itu terkena temporary parkinson.adakah aku sedang mengatakan tentang diri aku ??? ahakzz.



classmates aku sangat sporting.bestt wehh.and aku dah ada geng sendiri dalam kelas.bukan geng BoboiBoy ehh..mahupun Geng Bas Sekolah..*sadis


hehe.classmates aku suka tauu menukarkan lab menjadi unofficial photography studio.asal ade aje yang keluarkan kamera,mesti semua lari tak cukup tanah sebab nak bergambar jugak..tak leh blahh..

classmates aku


and aku rasa bertuah sangat sebab aku sama kelas dengan budak sekolah lama aku,Farah Diana.so,ade lahh jugak kawan.tak adelah aku kena buat sesi memperkenalkan diri sekali lagi n terpaksa mengenali hati budi masing-masing..ehh,cop3,nih bukan ayat cover untuk orang yang tak mengaku sedang bercinta ???

ni farah

and macam biasa,aku selalu sakit.aku dah start demam2 kat sini.masa F5 dulu,aku ingat lagi,statistik menunjukkan bahawa aku telah demam hampir 10 kali youuuu !!! aku rasa kad pesakit luar kat Klinik Klang tuh dah tebal dah..tapi sayang,aku takleh nak ambil nak buat kenangan..ceittt..


nih masa aku demam.tisu banyak dah habis.ubat batuk pun dah telan lebih dari separuh but still tak baik2 lagi.


aku tahu dah korang nak cakap ape..alahh..mesti nak cakap, " tak ade jam yang beso lagi ke? " kan3 ? ok,mulanya aku nak letak kat dinding,pastu tengok2, tak ada paku yang dah terlekat kat dinding.maknanya aku lah yang kena ketuk.hummphh.dah namanya anak dara,aku mana la pandai.plus aku memang tak bawa tukul n paku.sudahnya,terpaksa letak kat meja.tak apalah,barulah aku pandai menghargai masa sikit.kalau tak hargai lagi,tak tahulahh.

RAMADHAN

last skali,menjalani ibadah puasa kat sini.Lain n sangat berbeza dengan kat Kisas dulu.no more tazkirah n no more tadarus.kalau nak,kenalah buat secara individu.n masjid sangatlah jauh dengan kediaman beta nihh.jadi,beta solat terawih berjemaah laa dalam bilik.bilik? wut the hell dalam bilik? kamar beradu lahh. aku selalu berbuka puasa dengan budak sekolah aku dulu,Ain n Najah.

kanak-kanak riang baru balik bazaar

dalam bulan yang mulia nih jugak kitorang ade exam before balik raya.as i mentioned earlier,ade UPS..paling aku cuak adalah physics.sampai aku pun tak tahu nak study ape.aku ingat nak hentam je.tapi,time exam,tak ade laa hentam mana..boleh gak jawab..alhamdulillah.

blok tutorial

habis je exam,aku rasa macam merdeka glerrr..aku enjoy habis.malam tuh aku tengok cite korea..hahha.pastu tido pukul 3 pagi kalau tak silap aku..haha..punya laa nak balas dendam..hikhik..

hari jumaat,abang aku yang ambil n then bergegas laju-laju balik rumah,packing barang,menuju ke satu destinasi..


nak tahu destinasi mana? tunggu next entry !
wassalam

p/s: aku balik raya lepas subuh besok.hoyeaahh.menuju ke k.terengganu !
 


thanks for reading my blog

Friday, 3 August 2012

setelah sekian lama

assalamualaikum readers

haihhh.dah lama tak hupdate blog nih.rinduu rasanya.


hurmm,sekarang aku tengah sambung belajar kat Kolej Matrikulasi Pahang.Minggu depan aku exam,Ujian Pertengahan Semester.

cukup aku katakan life kat sini sangat sibuk n tough.hanya orang yang sangat tabah,sabar dan rajin yang dapat lalui kehidupan kat sini dengan jayanya.

sori,aku tak dapat nak cerita panjang2.nanti aku dah start cuti on 10th august,aku akan update blog ni.banyak benda nak cite kat uolss tauu.

hikhik.ok lahh,aku tepek satu gambar aku kat sini.sebagai bukti.ecehh.






aku upload gambar nih kat fb tauu.pastu kawan2 aku cakap aku tembam..geram seyhh..tembam? really?? hurrmm.penat aku buat kuak lentang atas katil.hakhak. ingat lawak sangat ke derr?

wait2,before i'm leaving.nak cakap nihh.

hepi gilerr sebab my kisasians nak buat iftar jamaie (berbuka puasa secara berjemaah)..masalahnya konpem laa diorang buat kat KL.sebab senang semua orang nak turun dari segenap arah.ecehh..jadi,aku pun plan laa dengan abang aku.sebab coincidentally,abang aku pun ada agenda yang sama,tapi dia kat ipoh,so,planningnya,nanti sampai kat Kl sentral,kitorang akan berpisah laa menuju ke direction masing2..

haha.ini rancangan aku jeh..permission Big Boss a.k.a ayah aku belum tahu lagi..haha..harap2 jadi laa..

nak jumpa sahabat2 sume sebelum diorang fly meninggalkan aku yang belajar kat malaysia tapi nanti hopefully akan join diorang jugak satu hari nanti.amboii,kau kalau buat ayat, tak ada fullstop !!


ok,got to go.nak pergi bazaar.buka puasa dengan classmates..suke,suke !


DOAKAN AKU DAPAT JAWAB EXAM DENGAN BAIK & SCORED !





thanks for reading my blog

Wednesday, 23 May 2012

apa hala tuju aku? matrik / unimas / ipg ?

assalamualaikum
ok,aku tak tahu nak cakap apa and start dari mana.panjang ceritanya.

AMARAN! ENTRY INI PANJANG KERANA AUTHOR SEDANG MENCURAHKAN SEGALA KESEDIHAN DALAM HATINYA =.='


ok,kan sebelum SPM (kalau tak silap aku),kitorang kena isi borang matrik.aku isi je lahh.n lepas habis SPM,kena isi UPU pulak.ada Fasa 1 n Fasa 2.




Fasa 2 nih,orang cakap,kalau boleh,isi lepas kita dapat result.so,aku pun memang tak buka langsung laman web untuk aku macam rangka-rangka dulu ke.oleh itu,disebabkan aku terlalu dengar nasihat itu,aku jadi kelam kabut.yelah,lepas dapat result SPM,semua orang berebut nak isi borang itu ini.sebab tu lahh aku banyak terlepas pandang dalam mengisi borang UPU..ye laa.at least ade la jugak belek-belek UPU.aku? buka sekali pun tidak rasanya.

bayangkanlah,esok dah tarikh tutup untuk UPU,petang nih baru aku terkedek-kedek nak isi.so,pilihan aku memang hancusss leburrsss.

lepas dapat result SPM yang tak seberapa tuh,aku buka macam-macam laman web,yang aku rasa memang konpem la aku tak dapat further medic dengan result yang teruk sebegini.aku buka Yayasan Pahang,MARA,Zakat Selangor,Maybank,Proton,TNB,macam-macam lagi laa.

aku mohon 3 je,sebab aku rasa yang lain aku tak layak
(time nih,MARA n JPA tak buka permohonan lagi)

~MATRIK~
~UPU~
~INSTITUT PENDIDIKAN GURU~


25 APRIL 2012
akhirnya,aku dapat matrik gambang,pahang.
hurmm.ok,laa kann.kalau sambung matrik,aku akan balas dendam untuk SPM.belajar,struggle sampai naik gila and capai 4 rata.




30 APRIL 2012
alhamdulillah,aku dipanggil untuk temuduga ke IPG untuk TESL (Teaching English as a Second Language).masa nih,aku ada dalam bas sebab baru balik dari pesta buku.aku ade cite kat sini.aku suruh kawan aku yang check.



7 MEI 2012
hari nih,hari jadi aku.sepatutnya,aku dapat berita gembira.malangnya,aku dapat berita buruk.kawan aku cakap dah boleh check untuk UPU.aku berdebar sebenarnya.aku pun check laa..fuhh..fuhh..
mata aku tak dapat percaya apa yang aku lihat.padah menimpa sebab main-main isi UPU.naahh,terimalah penangannya.aku rasa menyesal gila sebab aku tak pilih betul-betul untuk UPU.




ok,lepas dah dapat semua nih,aku buat keputusan untuk masuk UNIMAS.sebab aku pikir,lepas aku habis asasi,aku boleh secure tempat aku kat U bcoz lepas habis asasi,wajib sambung UNIMAS.aku tak pikir apa dahh.terus aku setuju.mak ayah aku ok je.sebab parents aku sebenarnya pernah tinggal di Sarwak hampir 10 tahun sebab ayah aku posting mengajar kat sana.kakak sulung aku pun lahir sarawak.abang aku pun pernah pergi sana.



ok,aku dah semangat nak gi UNIMAS.kalau aku perform,konpem aku boleh sambung medik sebab UNIMAS ade medik.seriously.masa nih,aku buat keputusan terburu-buru.aku tak buat langsung solat istikharah pasal benda nih..senonoh kan aku? aku tak pikir langsung,kalau aku tak perform macam mana ? apa kos yang aku akan ambil kalau tak dapat medik?



dengan hanya berbekalkan alasan:

'kalau aku perform,aku boleh sambung medik'

'lepas habis asasi,aku memang konpem dapat U,berbanding matrik,aku akan terkontang-kanting sebab belum tentu aku dapat U mana'

aku dah semangat.nak tambah lagi volume semangat aku,aku telah menyuruh abang ipar aku untuk booking tiket Air Asia.aku pandai laa bab rancang-rancang nih.aku kira semua kos yang diperlukan.kos flight dan hotel juga.



setelah dikira-kira,kami buat keputusan untuk pergi hari rabu.aku daftar hari ahad,27 mei.dah booking tiket thru internet.sebab kat lapangan terbang pahang,tak ada Air Asia.

jadi,dah bayar ticket flight sebanyak

RM1344.00

ok,lepas tuh,aku perlu get ready untuk interview IPG pulak.aku ada cerita kat sini

aku habis interview hari isnin.selasa baru aku start untuk persiapan masuk U.penat,perjalanan dari k.lipis ke kuantan lama woooo.malam tuh pulak blackout.tak dapek laa den nak buko facebook.

hari selasa,15mei,hari yang entah kenapa aku tiba-tiba bertukar fikiran.entah kenapa hati aku nak pergi matrik.salah satu sebabnya,kawan aku tiba-tiba dia tak jadi pergi UNIMAS.dia nak masuk matrik.and,hari tuh jugak laa,aku baru call senior aku,puteri yang senyum,sebab dia belajar kat sana(UNIMAS).

entah kenapa hari nih baru aku nak dail nombor beliau.selama nih aku tak pulak nak call dia.selama nih,aku mesej je dengan dia.and,dia telah meyakinkan aku untuk go for matrik.

entah kenapa hari nih aku baru nak fikir kesannya kalau aku tak dapat medik.aku hanya ada 3 pilihan kos selepas medik.dah ketiga2nya aku tak minat.haa,kan dah padah.sebab senior aku nih belajar matrik dulu n baru sambung UNIMAS.then,baru aku nak tanya lebih-lebih pada senior aku lagi sorang yang baru je habis belajar di matrik tentang kehidupan di sana. 

hasilnya,kedua-dua senior aku lebih sokong aku untuk matrik.they said that i can survive at matrix.hurrmm. SET ! aku nak matrik.but,mama papa macam mana? macam mana dengan tiket flight ? burn macam tuh je ke? kalau duit celoh gigi tak ape jugak.

hari tuh jugak mak aku bagi tahu ayah aku.sedangkan,aku kalau boleh nak lek dulu.ayah aku keluar rumah sebab ada kerja and sebelum dia keluar,dia dah tak nak dengar apa-apa dari aku sebab mak aku kata,ayah aku pulak nak buat keputusan.so,muktamad, MATRIK !

so,here i am..memang aku masuk matrik nanti.so,burn duit sebanayk RM1344.dah cukup untuk aku beli samsung galaxy note,cuma tambah sikit duit aku.



dari dulu,aku tak suka buat keputusan sendiri.aku lebih suka tanya orang.nak pakai baju apa pun aku tanya orang.and,bila dah sampai tahap masa depan aku,mak ayah aku telah meletakkan harapan yang tinggi untuk aku memilih sendiri jalan yang aku nak tempuhi nanti.mak ayah aku tak nak paksa.mereka ikut sahaja keputusan aku.

hurmm.kalau dah macam tuh,memang lingkup, seee! dah burn RM1344.meh aku bold kan sikit lagi, RM1344 ! bukan satu jumlah yang kecil bagi keluarga aku. bukan senang nak dapat duit banyak tuh.orang lain kerja cashier sebulan pun belum tentu dapat gaji macam tuh *berdasarkan testimoni kawan aku yang kerja selepas SPM..

kau tahu,mak ayah aku kira duit RM1344 tuh dalam bilik aku.sebab duit tuh nak bagi abang ipar aku,sebab guna credit card & on9 banking dia.mak ayah aku masuk bilik aku sebab nak kira duit tuh,kalau ikutkan,boleh je nak kira kat bilik sendiri..tapi,adakah mak ayah aku saja,atau hanya ingin mengingatkan aku bahawa duit bukan senang nak dapat.dan sebelum kejadian kira duit dalam bilik aku,aku masuk bilik mak ayah.dan ayah aku pegang duit RM1344 n cakap

'inilah duit yang kita akan buang begitu sahaja'

betapa sedihnya hati aku dengar ayah aku cakap macam tuh.menunjukkan duit itu bukan mudah nak dapat.

mak aku pulak cakap

'kakak,tak apalah hilang rm1000,duit boleh dicari,yang penting kakak yang belajar.'

kata-kata mak aku,simple tapi maknanya cukup menyentuh.

dalam hati aku,

Tuhan aje yang tahu hati aku macam mana.betapa aku kecewa kerana sikap aku yang terburu-buru,mak ayah aku terpaksa keluarkan duit yang banyak.aku janji pada diri aku,aku akan bayar balik RM1344 tuhh.

mungkin korang tanya pasal tiket tuh kann ?

ok,pada mulanya ayah aku setuju untuk pergi ke sarawak just for holiday.cuma,kena tambah tiket lagi satu untuk penerbangan balik,n tukar tarikh balik.but,then,tiba2 pulak ayah aku tak nak..hurmm.aku ikut aje.katanya,sebab tak nak membazir duit lagi.dan juga sebab ayah aku sebenarnya ada pembentangan kertas kerja untuk meluluskannya naik pangkat.so,ayah aku kata baik dia pergi bentang kertas kerja.


end up,sekarang aku memang akan ke matrik sebab semalam baru je bayar RM550 untuk matrik.sedangkan,kalau aku dapat IPG,yang memang kalau aku dapat,konpem aku pergi,so,dah membazir RM550..

membazir duit lagi =.='

dan,semalam juga aku beli sikit barang-barang keperluan untuk ke matrik.
kalau aku rajin,aku ambil lahh gambar.kalau rajin.

itu aje dulu.dah pukul 4 pagi nihh.*semasa artikel ini ditulis


itu aje luahan hati aku yang lara.memang tak ada lawak pun kat sini.semua serius.nanti aku sambung balik cite.


wslm


thanks for reading my blog

Wednesday, 16 May 2012

interview IPG TESL


assalamualaikum sahabat ^_^
lama aku tak update blog ni.kesian betul dibiarkan.ok,sebenarnya,aku sangat sibuk.dengan result UPU,n prepare untuk interview IPG.

ok,so,firstly,aku dapat UNIMAS.haa.itulah.sebenarnya,aku isi UPU tuh lambat giler.esok nak tutup,hari nih baru aku isi.kira aku tak rangka pun nak masuk mana.aku main isi je.janji ade asasi sains hayat kat depan dia.seriously,pilihan aku untuk UPU memang hancuss.ok,nak bebel pasal kekecewaan ni,kena buat 1 entry lagi.



 
so,berbalik kepada tajuk,alhamdulillah aku dipanggil temuduga untuk IPG,aku mohon TESL.interview di IPG Tengku Ampuan Afzan,K.Lipis.jauh benoo kau.4 jam perjalanan.aku dah tempah siap-siap hotel kat sana.senang.sebab aku iview on monday,8.00am.takkan aku nak bertolak pukul 1 pagi.boleh pergi melawat IPG,supaya tak sesat.

 
  

ok,start on tuesday, 8 may,aku buat preparation untuk interview nih.ceehhh.prepare laa konon.hikhik.bukan main aku cakap nak buka laptop untuk cari pasal isu-isu pendidikan,tapi,tangan nih gatal jugak nak tekan facebook.=.='

nak dijadikan cerita,kan hari tuh,aku ada cerita aku pergi pesta buku,aku ade cerita kat sini. so,aku ade laa dapat beg free.daripada macam booth pendidikan gitu.balik rumah baru aku buka beg tuh.memang bila aku buka beg,aku terkejut dapat buku tuh.mata bersinar-sinar gitu.

 

aku dapat buku nih,kira aku tak payah laa nak buka internet ke hape kan.padahal buka semacam jugak. 



ada lagi satu buku,tapi tak jumpa gambar.lagi satu buku tu,memang complete.ade semua 5 dasar pelajaran.baca tuh je,konpem korang dapat jawab.hee.tak adelahh.tapi,insyaalllah,dapat la jawab.

and,kalau interview kan,kena pakai kasut bertutup,aku tak ada.yang aku ada,wedges and sandal.so,terpaksa la beli satu.nasib baik kat Vincci ada sale and what i found was perfect,but last pisces and size 5 eventho aku saiz 6 sebenarnya.



lebih kurang camni la


malam tuh(kat hotel k.lipis) aku practise depan cermin.aku dah spot a few questions.so,aku dah draf jawapan dalam kepala aku.aku hafal jelah.korang cari jeh dalam internet.pastu,hafal.

pagi esoknya,kami check out from hotel.sampai2 je,tak ramai pun.tak sampai 20 orang.yang dapat iview untuk TESL hari tuh,sepatutnya,7 orang,tapi 3 orang je datang.then,dia bahagikan into 2 groups according to no.kod pusat kita.then,kitorang masuk library.duduk kat meja.sorang dari interviewer bagi briefing and bagi tahu apa yang dia nak.

alhamdulillah,aku dah tanya kawan-kawan especially to Lala,kisasians,tentang tips n preparation.aku dah siap2 letak copies of sijil dalam sampul.yang original dalam clear folder.yang lagi 2 orang tuh,diorang baru nak keluarkan copies n nak susun.n sorang lagi pulak baru tahu yang kena ada gambar passport untuk borang maklumat diri,sebab dia blurr bila interviewer tuh tanya mana gambar passport.nasib baik interviewer tuh baik hati kasi dia peluang untuk pergi buat gambar passport baru and hand in before 2pm.so,nasihat aku,korang get ready betul2,sebab kat situ,dia dah boleh tengok how perfect is our preparation.

then,masuk untuk INSAK.objective questions,135 ques,30 minutes.nasihat aku,korang jangan fikir banyak2 untuk jawapan,just zapp,zapp,zapp.done!

 

 
after that,kami bertiga masuk bilik tadi untuk group discussions pulak.kami diberi bahan rangsangan n think for about a few minutes.kami dapat tajuk pergolakan dunia.berdebar jugaklaa.so,aku start dulu sebab nak kasi menonjol sikit.hee.n aku rasa,we did the best.all of us! tak ada laa macam krik~krik~krik *bunyi cengkerik,kannnn.hikhik..


 



 
then,kami ade individual interview.ok,time nih,jantung aku dah dup,dap,dup,dap giler.aku orang last yang akan diinterview.

so,it's my turn.here are some of the ques:

SOALAN : why do you want to be an English teacher? specifically an English teacher?

time nih aku dah gelabah.dia pusing sikit je soalan tuh,aku dah tak boleh jawab.sebab aku spot,dia nak tanya soalan "kenapa awak nak jadi cikgu?".padahal boleh je aku bagi jawapan yang aku draf,tapi sebab soalan pusing sikit jeh,aku jadi tak tentu hala.

yang aku jawab: because i love english since i was in my primary school.n when i entered the secondary school,when we're doing essay for english,we were encouraged to write stories,it's different with BM where we were encouraged to do the facts essay.n i find that english is quite fun.
banyak lagi laa sebab yang aku cakap.

SOALAN: i can see that ur grades for science n maths are really good.why don't you become doctors,engineers or accountants?
set! aku dah hafal jawapan,but ade jugak aku mengelat. haha! gotcha!

yang aku jawab: i don't want to be engineer or accountants because i don't like that professions.i know that i can be engineers or doctors,but right now,i want to be a generator to produce doctors,engineers,artchitect and so on.i don't want to be engineers,bla,bla because i'm not interested with that.i think passion is very important.because if i'm chosen to be a teacher,i'm going to be a teacher when my age is about 23 years old and i'm going to retire when my age is about 58 years old.so,it took me about 35 years.for me,it's a very long period,so,it need a very high passion and tolerance to keep me strong and be motivated.and plus,i got B for physics.*aku nak tipu cakap aku tak minat bio,tapi bio aku A,so aku cakap aku tak minat medic.what the ---- ? padahal punye laa cita2 aku tinggi menggunung bak klcc nak medic =.='


SOALAN: when we chose students from the agama school,they tend to have their own groups,and this group always making problems by telling the malays not to mix with the chinese and indians.what do you think about this?
aku dah gelabah nih.pulak dah aku lupa apa "pemikiran" dalam BI.adoii.

yang aku jawab: i think that their behaviour is not very good.and they're actually have humiliated the students from religion schools.but i think that,i'm not going to be like that because for me,i think that it is a chance for me to mix with chinese and indians because when i was in my primary (ade,tapi,sangat sikit) and secondary schools,there are no indians and chinese.plus,i can actually brush up my english when i mix with them.

SOALAN: can you tell me about MEMARTABATKAN B.MALAYSIA & MEMPERKUKUHKAN B.INGGGERIS??
aku? excited giler laa.sebab nih soalan spot.and tengokla tajuk buku warna kuning kat atas tuh,terang tang tang ding dang kauu.n dalam buku biru lagi satu tuh,dasar nih ada kat page pertama.mustahil aku tak baca.

yang aku jawab: korang cari laa kat internet ye.

aku dah tak ingat la ape yang dia tanya aku.sikit je.dalam 5 soalan kot.ok je interview nih.aku rasa happy sangat sebab aku boleh buat.happy giler lahh.because i'm actually having problem with speaking in front of the crowds.biarpun hanya 2 orang.i mean,something yang formal,even presentation kelas.sampai sekarang aku tak boleh atasi kelemahan aku.

so,aku balik dengan hati girangnya,alhamdulillah.the interview went very well.

harap-harap aku dapat.

plan aku kalau aku dapat jadi cikgu:


belajar jadi cikgu at IPG
(5 years)
.
.
.
.
.
jadi cikgu BI
(3/5 years)
.
.
.
.
ambil Master
(2 years)
.
.
.
.
jadi lecturer at university/college
( so,i'm still can run my part time business,and this is the main reason why i left my ambition to be a doctor =.=' )

so,that's all.this is only my experience.soalan n jawapan yang aku bagi korang tuh,not the exactly one,but it is almost the same.tapi,part jawapan tuh,aku takut aku ade tokok tambah.so,sorry ye.aku tak ingat sangat.

hee.ok,aku nak kena buat entry baru pasal dilema aku nih.hurmmm.

time kasih sebab sudi baca panjang2 gini.wslm.


*all the pictures are ihsan from mr. google


 


thanks for reading my blog