>

Wednesday, 23 May 2012

apa hala tuju aku? matrik / unimas / ipg ?

assalamualaikum
ok,aku tak tahu nak cakap apa and start dari mana.panjang ceritanya.

AMARAN! ENTRY INI PANJANG KERANA AUTHOR SEDANG MENCURAHKAN SEGALA KESEDIHAN DALAM HATINYA =.='


ok,kan sebelum SPM (kalau tak silap aku),kitorang kena isi borang matrik.aku isi je lahh.n lepas habis SPM,kena isi UPU pulak.ada Fasa 1 n Fasa 2.




Fasa 2 nih,orang cakap,kalau boleh,isi lepas kita dapat result.so,aku pun memang tak buka langsung laman web untuk aku macam rangka-rangka dulu ke.oleh itu,disebabkan aku terlalu dengar nasihat itu,aku jadi kelam kabut.yelah,lepas dapat result SPM,semua orang berebut nak isi borang itu ini.sebab tu lahh aku banyak terlepas pandang dalam mengisi borang UPU..ye laa.at least ade la jugak belek-belek UPU.aku? buka sekali pun tidak rasanya.

bayangkanlah,esok dah tarikh tutup untuk UPU,petang nih baru aku terkedek-kedek nak isi.so,pilihan aku memang hancusss leburrsss.

lepas dapat result SPM yang tak seberapa tuh,aku buka macam-macam laman web,yang aku rasa memang konpem la aku tak dapat further medic dengan result yang teruk sebegini.aku buka Yayasan Pahang,MARA,Zakat Selangor,Maybank,Proton,TNB,macam-macam lagi laa.

aku mohon 3 je,sebab aku rasa yang lain aku tak layak
(time nih,MARA n JPA tak buka permohonan lagi)

~MATRIK~
~UPU~
~INSTITUT PENDIDIKAN GURU~


25 APRIL 2012
akhirnya,aku dapat matrik gambang,pahang.
hurmm.ok,laa kann.kalau sambung matrik,aku akan balas dendam untuk SPM.belajar,struggle sampai naik gila and capai 4 rata.




30 APRIL 2012
alhamdulillah,aku dipanggil untuk temuduga ke IPG untuk TESL (Teaching English as a Second Language).masa nih,aku ada dalam bas sebab baru balik dari pesta buku.aku ade cite kat sini.aku suruh kawan aku yang check.



7 MEI 2012
hari nih,hari jadi aku.sepatutnya,aku dapat berita gembira.malangnya,aku dapat berita buruk.kawan aku cakap dah boleh check untuk UPU.aku berdebar sebenarnya.aku pun check laa..fuhh..fuhh..
mata aku tak dapat percaya apa yang aku lihat.padah menimpa sebab main-main isi UPU.naahh,terimalah penangannya.aku rasa menyesal gila sebab aku tak pilih betul-betul untuk UPU.




ok,lepas dah dapat semua nih,aku buat keputusan untuk masuk UNIMAS.sebab aku pikir,lepas aku habis asasi,aku boleh secure tempat aku kat U bcoz lepas habis asasi,wajib sambung UNIMAS.aku tak pikir apa dahh.terus aku setuju.mak ayah aku ok je.sebab parents aku sebenarnya pernah tinggal di Sarwak hampir 10 tahun sebab ayah aku posting mengajar kat sana.kakak sulung aku pun lahir sarawak.abang aku pun pernah pergi sana.



ok,aku dah semangat nak gi UNIMAS.kalau aku perform,konpem aku boleh sambung medik sebab UNIMAS ade medik.seriously.masa nih,aku buat keputusan terburu-buru.aku tak buat langsung solat istikharah pasal benda nih..senonoh kan aku? aku tak pikir langsung,kalau aku tak perform macam mana ? apa kos yang aku akan ambil kalau tak dapat medik?



dengan hanya berbekalkan alasan:

'kalau aku perform,aku boleh sambung medik'

'lepas habis asasi,aku memang konpem dapat U,berbanding matrik,aku akan terkontang-kanting sebab belum tentu aku dapat U mana'

aku dah semangat.nak tambah lagi volume semangat aku,aku telah menyuruh abang ipar aku untuk booking tiket Air Asia.aku pandai laa bab rancang-rancang nih.aku kira semua kos yang diperlukan.kos flight dan hotel juga.



setelah dikira-kira,kami buat keputusan untuk pergi hari rabu.aku daftar hari ahad,27 mei.dah booking tiket thru internet.sebab kat lapangan terbang pahang,tak ada Air Asia.

jadi,dah bayar ticket flight sebanyak

RM1344.00

ok,lepas tuh,aku perlu get ready untuk interview IPG pulak.aku ada cerita kat sini

aku habis interview hari isnin.selasa baru aku start untuk persiapan masuk U.penat,perjalanan dari k.lipis ke kuantan lama woooo.malam tuh pulak blackout.tak dapek laa den nak buko facebook.

hari selasa,15mei,hari yang entah kenapa aku tiba-tiba bertukar fikiran.entah kenapa hati aku nak pergi matrik.salah satu sebabnya,kawan aku tiba-tiba dia tak jadi pergi UNIMAS.dia nak masuk matrik.and,hari tuh jugak laa,aku baru call senior aku,puteri yang senyum,sebab dia belajar kat sana(UNIMAS).

entah kenapa hari nih baru aku nak dail nombor beliau.selama nih aku tak pulak nak call dia.selama nih,aku mesej je dengan dia.and,dia telah meyakinkan aku untuk go for matrik.

entah kenapa hari nih aku baru nak fikir kesannya kalau aku tak dapat medik.aku hanya ada 3 pilihan kos selepas medik.dah ketiga2nya aku tak minat.haa,kan dah padah.sebab senior aku nih belajar matrik dulu n baru sambung UNIMAS.then,baru aku nak tanya lebih-lebih pada senior aku lagi sorang yang baru je habis belajar di matrik tentang kehidupan di sana. 

hasilnya,kedua-dua senior aku lebih sokong aku untuk matrik.they said that i can survive at matrix.hurrmm. SET ! aku nak matrik.but,mama papa macam mana? macam mana dengan tiket flight ? burn macam tuh je ke? kalau duit celoh gigi tak ape jugak.

hari tuh jugak mak aku bagi tahu ayah aku.sedangkan,aku kalau boleh nak lek dulu.ayah aku keluar rumah sebab ada kerja and sebelum dia keluar,dia dah tak nak dengar apa-apa dari aku sebab mak aku kata,ayah aku pulak nak buat keputusan.so,muktamad, MATRIK !

so,here i am..memang aku masuk matrik nanti.so,burn duit sebanayk RM1344.dah cukup untuk aku beli samsung galaxy note,cuma tambah sikit duit aku.



dari dulu,aku tak suka buat keputusan sendiri.aku lebih suka tanya orang.nak pakai baju apa pun aku tanya orang.and,bila dah sampai tahap masa depan aku,mak ayah aku telah meletakkan harapan yang tinggi untuk aku memilih sendiri jalan yang aku nak tempuhi nanti.mak ayah aku tak nak paksa.mereka ikut sahaja keputusan aku.

hurmm.kalau dah macam tuh,memang lingkup, seee! dah burn RM1344.meh aku bold kan sikit lagi, RM1344 ! bukan satu jumlah yang kecil bagi keluarga aku. bukan senang nak dapat duit banyak tuh.orang lain kerja cashier sebulan pun belum tentu dapat gaji macam tuh *berdasarkan testimoni kawan aku yang kerja selepas SPM..

kau tahu,mak ayah aku kira duit RM1344 tuh dalam bilik aku.sebab duit tuh nak bagi abang ipar aku,sebab guna credit card & on9 banking dia.mak ayah aku masuk bilik aku sebab nak kira duit tuh,kalau ikutkan,boleh je nak kira kat bilik sendiri..tapi,adakah mak ayah aku saja,atau hanya ingin mengingatkan aku bahawa duit bukan senang nak dapat.dan sebelum kejadian kira duit dalam bilik aku,aku masuk bilik mak ayah.dan ayah aku pegang duit RM1344 n cakap

'inilah duit yang kita akan buang begitu sahaja'

betapa sedihnya hati aku dengar ayah aku cakap macam tuh.menunjukkan duit itu bukan mudah nak dapat.

mak aku pulak cakap

'kakak,tak apalah hilang rm1000,duit boleh dicari,yang penting kakak yang belajar.'

kata-kata mak aku,simple tapi maknanya cukup menyentuh.

dalam hati aku,

Tuhan aje yang tahu hati aku macam mana.betapa aku kecewa kerana sikap aku yang terburu-buru,mak ayah aku terpaksa keluarkan duit yang banyak.aku janji pada diri aku,aku akan bayar balik RM1344 tuhh.

mungkin korang tanya pasal tiket tuh kann ?

ok,pada mulanya ayah aku setuju untuk pergi ke sarawak just for holiday.cuma,kena tambah tiket lagi satu untuk penerbangan balik,n tukar tarikh balik.but,then,tiba2 pulak ayah aku tak nak..hurmm.aku ikut aje.katanya,sebab tak nak membazir duit lagi.dan juga sebab ayah aku sebenarnya ada pembentangan kertas kerja untuk meluluskannya naik pangkat.so,ayah aku kata baik dia pergi bentang kertas kerja.


end up,sekarang aku memang akan ke matrik sebab semalam baru je bayar RM550 untuk matrik.sedangkan,kalau aku dapat IPG,yang memang kalau aku dapat,konpem aku pergi,so,dah membazir RM550..

membazir duit lagi =.='

dan,semalam juga aku beli sikit barang-barang keperluan untuk ke matrik.
kalau aku rajin,aku ambil lahh gambar.kalau rajin.

itu aje dulu.dah pukul 4 pagi nihh.*semasa artikel ini ditulis


itu aje luahan hati aku yang lara.memang tak ada lawak pun kat sini.semua serius.nanti aku sambung balik cite.


wslm


thanks for reading my blog

5 comments:

Anonymous said...

jgn sedih...jadikan pengalaman hidup...ignt pemgorbanan mak ayah....

senyum sikit :)

LeenNajib said...

Xpe la dear. sbb awk mude lg. akak dlu pon xtau wt kptusan. akak lpskn matrik then pegi politeknik. ble pkir2 mbzir je. it's ok. Insya'ALLAH. ni ktusan yg tbek. if amek matrik , leh pe amek medic when u futher ur dgree.

emmeraz said...

EA juga dulu menghadapi dilema yang sama lepas habis SPM..belajar dimana-mana semuanya yang membezakan cuma usaha jer....
lipat lepak n follow ea

.. ChiYoKo Hana .. said...

A'slm . Sy nk tnye , bila kita isi borang upu , kita blh pilih ke nk IPTA mne ? macam borang matrik kita diberi 3 pilihan nk ke matrik mne ..

.. ChiYoKo Hana .. said...

x mngapa lah kak nisa , sy dah fhm skrg . btw , tq :D